Wednesday, 6 November 2019
AKIKAH
APAKAH ITU AKIKAH?
Ibadah akikah adalah penyembelihan haiwan ternakan tertentu bagi tujuan mengucapkan rasa syukur atas kelahiran anak. Akikah yang terbaik dilaksanakan pada hari ke-7 kelahiran dengan menyembelih haiwan, mencukurkan kepalanya dan memberi nama untuk anak.
HUKUM AKIKAH?
Menurut pendapat Imam Syafi'e, melaksanakan akikah untuk anak yang baru lahir adalah sunat muakkad (sunat yang sangat-sangat dituntut untuk melaksanakannya). Ini berdasarkan daripada sabda Nabi SAW yang bermaksud:
"Tiap-tiaap anak itu tertebus (terpelihara daripda kemudaratan dan kemungkaran) dengan akikahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama". (Hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)
HAIWAN AKIKAH
Haiwan akikah hendaklah haiwan ternakan yang dalam keadaan tidak cacat, tidak buta, tidak bunting dan tidak terlalu kurus.
Haiwan yang boleh digunakan ialah haiwan berkaki empat iaitu, kambing, kibas, biri-biri, lembu, kerbau dan unta.
Akikah untuk anak lelaki adalah 2 ekor kambing manakala akikah untuk anak perempuan adalah seekor kambing. Lembu juga boleh digunakan untuk akikah dengan seekor lembu dibahagikan kepada 7 bahagian dengan setiap 1 bahagian mewakili seekor kambing.
Ini berdasarkan daripada hadis riwayat Aisyah yang bermaksud:
"Rasulullah SAW memerintahkan kepada kami supaya menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan 2 ekor kambing dan untuk perempuan seekor". (Hadis Riwayat Aisyah)
CARA PENGAGIHAN DAGING AKIKAH
Secara amnya, daging akikah tidak boleh hanya dimakan oleh ibubapa dan keluarga yang melakukan akikah sahaja. Sebaiknya, diadakan majlis untuk menjamu keluarga terdekat, sanak-saudara, sahabat dan fakir miskin sekiranya ada.
Daging akikah sunat untuk diagihkan setelah dimasak dengan masakan yang manis.
INGIN MELAKSANAKAN AKIKAH
AZWIZ ada menyediakan pakej akikah (sembelih/lapah/masak).
Untuk pertanyaan boleh menghubungi/whatsapp : 01131438119 atau melayari FB pafe: Azwiz MY
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
FAQ: BIRI_BIRI PERAP AZWIZ
Assalamualaikum & Hai semua…. Ok, hari ni AZWIZ akan share pula soalan-soalan yang selalu ditanyakan oleh customer-customer AZWIZ...
-
Assalamualaikum & hai.... Tahukah anda terdapat beberapa jenis kambing penghasil susu / tenusu..Hari ni, AZWIZ akan share beberapa jen...
-
Rasa nya ramai yang tidak tahu beza antara LAMB dan MUTTON kan.... So, hari ni nak cerita mengenai beza antara daging LAMB dengan MUTTON...
-
Assalamualaikum & hai… Hari ni, AZWIZ mau share perbezaan antara kambing dan biri-biri…Secara mata kasarnya, kambing dan biri-biri kel...
No comments:
Post a Comment