Hari ni, AZWIZ mau share perbezaan antara kambing dan biri-biri…Secara mata kasarnya, kambing dan biri-biri kelihatan sama tetapi sebenarnya kedua haiwan ini adalah berbeza…
KAMBING 🐐
• Berasal dari subspesis Capra aegagrus hircus
• Suka berpecah dari kumpulan (bersendirian)
• Ekor menegak ke atas
• Suka memakan pepohon dan dedaun (Juga ada yang meragut rumput)
• Bulu kambing agak lurus. Terdapat juga kambing yang berbulu lebat seperti kambing Pygmy atau African Dwarf
• Komposisi daging kambing adalah lebih tinggi
• Kambing hanya boleh dibuat korban/akikah setelah mencapai umur 2 tahun atau lebih
• Kambing lebih sensitif terhadap persekitaran, cuaca dan makanan.
• Istilah dalam Bahasa Inggeris untuk daging kambing dewasa ialah chevon, manakala untuk daging anak kambing dikenali sebagai cabrito atau capretto
BIRI-BIRI 🐏
(sumber: wikipedia)
• Berasal dari subspesis Ovis Aries
• Suka duduk dalam kumpulan
• Ekor biri-biri ke bawah
• SUka meragut rumput di tanah
• Bulu biri-biri kerinting dan kusam. Terdapat dua kategori biri-biri iaitu "Woolsheep" (berbulu panjang) seperti biri-biri Dorset dan "Hairsheep" (rerambut) seperti bebiri Barbados.
• Daging biri-biri mempunyai kandungan lemak yang lebih banyak
• Biri-biri yang berumur setahun sudah boleh dikorbankan (biri-biri jantan)
• Istilah dalam Bahasa Inggeris bagi daging biri-biri dewasa ialah mutton manakala bagi daging anak biri-biri dikenali sebagai lamb.
Perbezaan ini menunjukkan kambing dan biri-biri adalah berbeza walaupun kedua nya kelihatan serupa..Harap perkngsiaan dari AZWIZ ni boleh membantu anda untuk mengenali dan membezakan antara kambing dan juga biri-biri😉😉🙂
**p/s: boleh follow page FB AZWIZ MY🙂
No comments:
Post a Comment