Tahukah anda terdapat beberapa jenis kambing penghasil susu / tenusu..Hari ni, AZWIZ akan share beberapa jenis kambing tenusu yang terbaik..
ALPINE
Kambing Alpine ni berasal dari pergunungan Alps, Swiss..Saiz kambing Alpine bersaiz sederhana dan besar..Kambing Alpine ini mempunyai ciri-ciri rambut yang pendek dan mempunyai telinga yang berukuran sederhana dan tegak..Perwatakan kambing jenis ini gagah, mempunyai tanduk yang panjang dan melengkung..Kambing Alpines ini merupakan salah satu jenis kambing yang popular untuk penghasilan susu dan memberikan hasil susu yang berkualiti...
kambing Alpines (sumber: wikipedia)
Kambing Saanen ini berasal dari lembah Saanen, di bahagian barat Swiss..Baka ini merupakan baka yang terbesar di Swiss..Kambing jenis ini sangat peka dengan matahari menyebabkan iya sukar untuk berkembang di kawasan tropika..Oleh itu, kambing baka ini akan dikawinkan dengan kambing jenis lain untuk membolehkan iya boleh hidup di kawasan tropika..Ciri-ciri kambing Saanen ini termasuklah berbulu pendek berwarna putih/krim dengan titik hitam di bahagian hidung, telinga dan juga di kelenjar susu..Selain itu, kambing ini mempuyai telinga sederhana dan tegak ke sebelah dan hadapan...Kambing Saanen ini mempunyai ekornya yang pendek dan tipis..Bahagian hidung mereka lurus dan muka berbentuk segitiga..
kambing Saanen (sumber: wikipedia)
TOGGENBURG
Kambing jenis ini berasal dari Toggenburg valley , kawasan di sebelah timur Swiss dan dipercayai baka yang tertua..Ciri-ciri baka ini mempunyai hidung yang agak cembung, telinga yang tegak dan mengarah ke depan..Kambing ini mempunyai warna coklat kekuningan dan coklat gelap.. Selain itu, kambing baka jenis ini mempunyai jalur putih dari mata ke muzzle, hujung telinga, lutut ke kaki serta belakang/pinggul dan ekor...
kambing Toggenburg (sumber: wikipedia)
ANGLO NUBIAN
Kambing ini berasal dari kawasan Nubia, di sebelah timur Afrika...Baka jenis ini mempunyai rangka yang besar dan tinggi..Antara ciri-ciri kambing jenis ini ialah telinga yang panjang, hidung cembung, mempunyai bulu yang pendek dan kaki yang panjang..Baka ini mempunyai daya tahan yang lasak..
kambing Anglo Nubian (sumber: wikipedia)
Untuk Kambing Tenusu AZWIZ, baka yxvang yg digunakan ialah jenis kambing Saanen yang mana mempunyai kualiti susu yang terbaik untuk kambing betina manakala untuk penjantan pula, AZWIZ mempunyai baka kambing Toggenburg...
**p/s: boleh follow page FB AZWIZ MY🙂
No comments:
Post a Comment