Wednesday, 16 October 2019

KEBAIKAN SUSU KAMBING




Assalamualaikum semua...Hari ni rasa nak share kebaikan minum susu kambing...Sebenarnya banyak kebaikkan minum susu kambing ni,,

Antara kebaikan minum susu kambing:


Mengandungi kalsium yang tinggi

Susu Kambing mempunyai kandungan kalsium yang lebih tinggi berbanding susu lembu. Kalsium merupakan sumber nutrisi yang penting untuk tulang. Ini merupakan salah satu penyebab mengapa susu kambing menjadi pilihan kerana susu kambing dapat memberikan kandungan kalsium yang tinggi ke dalam tubuh badan berbanding daripada susu lembu.


Kandungan lactose yang rendah

Lactose yang rendah pada susu kambing berbanding dari susu lembu dapat membantu seseorang yang mempunyai mild lactose intolarance.



Mudah untuk dihadam 

Saiz globul lemak yang terdapat dalam susu kambing adalah lebih kecil berbanding daripada susu lembu membolehkan susu kambing lebih mudah untuk dihadam.



Meningkatkan kesihatan dan imun

Susu kambing juga mempunyai 'conjugated linoleic acid'  yang mana sangat penting dalam rangsangan imun, pekembangan tumbesaran dan pencegahan penyakit.

Susu kambing juga mempunyai kandungan 'oligosaccharides' yang tinggi yang mana dapat membantu dalam penghadaman , otak dan sistem saraf



Baik untuk kesihatan jantung

Susu kambing mempunyai 'medium-chain fatty acids' yang mana Fatty acid ini boleh membantu mencegah penyakit koronari.

Susu kambing juga merupakan sumber magnesium yang baik. Magnesium dapat membantu untuk mengekalkan denyutan jantung dan mencegah pembentukan darah beku.



Membantu mencegah Anemia

Kajian menunjukkan susu kambing dapat membantu dalam penyerapan iron dalam sistem pencernaan. Ini dapat membantu mencegah anemia.


Kesimpulannya, susu kambing mempunyai banyak manfaat yang baik untuk tubuh badan kita. Lepas ni bolehlah cuba untuk amalkan minum susu kambing...






**AZWIZ juga ada mengeluarkan produk SUSU KAMBING ASLI...












Monday, 14 October 2019

BEZA LAMB & MUTTON...




Rasa nya ramai yang tidak tahu beza antara LAMB dan MUTTON kan.... So, hari ni nak cerita mengenai beza antara daging LAMB dengan MUTTON..

*** LAMB ni adalah daging anak kambing biri-biri yang berumur kurang dari satu tahun..

***MUTTON pula daging kambing biri-biri yang lebih tua. Biasanya yang umur lebih dari satu tahun..

Rasa untuk kedua-dua jenis daging ini berbeza.. Daging LAMB lebih lembut dan 'juicy' manakala daging MUTTON pula lebih keras dan pejal..

Oleh sebab itu, daging LAMB ni lebih sesuai untuk masakan jenis perapan macam produk 
BIRI-BIRI PERAP AZWIZ ...


Wednesday, 2 October 2019

AZWIZ



Assalamualaikum..Hi, blog....

Ini 1st posting dari kami dalam blog ni...So, hari ni, kami akan beritahu serba sedikit mengenai kami...

AZWIZ ni merupakan satu jenama dibawah Syarikat AIPS (AZWIZ ISLAMIC PRODUCTS & SERVICES) yang mana mengeluarkan produk berasaskan kambing dan biri-biri di Sabah...

Antara produk-produk yang AZWIZ keluarkan adalah biri-biri perap, susu kambing segar, aiskrim susu kambing berperisa & pakej akikah..

Ok, itu saja untuk 1st posting dari kami,,tunggu update dari kami lagi... stay tuned..


Tuesday, 1 October 2019

FAQ: BIRI_BIRI PERAP AZWIZ

Assalamualaikum & Hai semua…. Ok, hari ni AZWIZ akan share pula soalan-soalan yang selalu ditanyakan oleh customer-customer AZWIZ...