Friday, 10 January 2020

FAQ: BIRI_BIRI PERAP AZWIZ



Assalamualaikum & Hai semua….

Ok, hari ni AZWIZ akan share pula soalan-soalan yang selalu ditanyakan oleh customer-customer AZWIZ berkenaan produk Biri-biri Perap  AZWIZ..


                         


1.  Ada logo halal?


AZWIZ adalah syarikat bumiputera muslim yang mana sangat mementingkan aspek kebersihan.  Kesemua bahan-bahan mentah yang digunakan mempunyai sijil halal dan proses pembuatan juga dijaga dari semua aspek terutama kebersihan. Untuk masa sekarang, pihak AZWIZ dalam proses untuk medapatkan logo halal.


2.  Untuk 1 pek Biri-biri Perap AZWIZ, berapa orang yang boleh makan?


Untuk 1 pek Biri-biri AZWIZ yang beratnya lebih kurang ±200g, boleh untuk seorang makan dan kami sertakan dengan kentang dan juga sos blackpapper istimewa di dalam setiap pek.


3. Bagaimana hendak memasak produk Biri-biri Perap AZWIZ?


Biri-biri perap AZWIZ boleh dgoreng atau pun di grill mengikut citarasa pembeli. Kami juga ada sertakan cadangan cara untuk memasak di packaging.


4. Apakah jenis daging yang digunakan untuk produk Biri-biri Perap AZWIZ?


Daging yang digunakan untuk untuk produk Biri-biri Perap AZWIZ ialah daging jenis Lamb iaitu daging kambing biri-biri yang berumur di bawah  dari satu tahun yang mana sesuai untuk perapan.


5.  Apakah perapan yang digunakan untuk produk Biri-biri Perap AZWIZ?


Perapan yang digunakan adalah dari rempah ratus istimewa yang berkualiti dan kemudian produk ini disejukbekukan (frozen) sebelum dijual kepada pelanggan.


6.  Berapa lama tempoh produk Biri-biri Perap AZWIZ ini boleh bertahan?


Tempoh tarikh luput produk Biri-biri Perap AZWIZ ini adalah dalam tempoh 9 bulan.


7. Bagaimana cara untuk mendapatkan produk Susu Kambing Asli AZWIZ?


Untuk mendapatkan  produk Susu Kambing Asli AZWIZ anda boleh menghubungi 01131438119 
Tuan Abdul Haqeem atau 0132003645 Puan Mardiyanna

**p/s: boleh follow page FB AZWIZ MYπŸ™‚










Thursday, 9 January 2020

FAQ: SUSU KAMBING AZWIZ



Assalamualaikum & Hai…


OK, hari ni AZWIZ akan menjawab beberapa soalan yang selalunya di tanya oleh customer-customer AZWIZ mengenai SUSU KAMBING ASLI AZWIZ…


                     


1. Adakah Susu Kambing AZWIZ mempunyai tambahan air atau pengawet?


Susu Kambing AZWIZ tidak mempunyai tambahan air atau pengawet. Ianya 100% asli tanpa pengawet tambahan.


2. Adakah Susu Kambing AZWIZ segar dari ladang?


Susu Kambing AZWIZ diperah segar dari ladang dan kemudiannya dipasteurkan supaya terjamin selamat untuk diminum.


3. Berapa lama Susu Kambing AZWIZ boleh tahan?


Tempoh tarikh luput produk Susu Kambing AZWIZ adalah dalam tempoh 3 bulan.


4. Mengapa Susu Kambing AZWIZ dijual dalam bentuk yang sejukbeku (frozen)?


Susu Kambing AZWIZ akan dibekukan (frozen) selepas proses pempasteuran dan dijual dalam keadaan sejuk beku (frozen) bagi mengekalkan kualiti susu supaya tidak cepat rosak.


5. Berapa lama tempoh Susu Kambing AZWIZ boleh bertahan setelah dinyahbekukan (defrost)?


Susu Kambing AZWIZ boleh bertahan dalam masa selama lebih kurang 2 hari di dalam chiller biasa. Sebaiknya, susu terus diminum sehingga habis sebaik sahaja dinyahbekukan (defrost) untuk menjamin kebersihan dan keselamatan untuk diminum.


6. Bolehkah saya menyimpan Susu Kambing AZWIZ di dalam peti sejuk setelah membelinya?


Anda boleh menyimpan Susu Kambing AZWIZ di peti sejuk bahagian sejukbeku (freezer) yang bersuhu di bawah 2˚C dan mengeluarkan susu kambing ketika ingin meminumnya.


7. Bagaimana cara untuk mendapatkan produk Susu Kambing Asli AZWIZ?


Untuk mendapatkan  produk Susu Kambing Asli AZWIZ anda boleh menghubungi 01131438119 
Tuan Abdul Haqeem atau 0132003645 Puan Mardiyanna

**p/s: boleh follow page FB AZWIZ MYπŸ™‚







Sunday, 5 January 2020

BEZA ANTARA KAMBING & BIRI-BIRI

Assalamualaikum & hai…

Hari ni, AZWIZ mau share perbezaan antara kambing dan biri-biri…Secara mata kasarnya, kambing dan biri-biri kelihatan sama tetapi sebenarnya kedua haiwan ini adalah berbeza…

KAMBING 🐐


Berasal dari subspesis Capra aegagrus hircus
Suka berpecah dari kumpulan (bersendirian)
Ekor menegak ke atas
Suka memakan pepohon dan dedaun (Juga ada yang meragut rumput)
Bulu kambing agak lurus. Terdapat juga kambing yang berbulu lebat seperti kambing Pygmy atau African Dwarf
Komposisi daging kambing adalah lebih tinggi
Kambing hanya boleh dibuat korban/akikah setelah mencapai umur 2 tahun atau lebih
Kambing lebih sensitif terhadap persekitaran, cuaca dan makanan.
Istilah dalam Bahasa Inggeris untuk daging kambing dewasa ialah chevon, manakala untuk daging anak kambing dikenali sebagai cabrito atau capretto


BIRI-BIRI 🐏

(sumber: wikipedia)

Berasal dari subspesis  Ovis Aries
Suka duduk dalam kumpulan
Ekor biri-biri ke bawah
SUka meragut rumput di tanah
Bulu biri-biri kerinting dan kusam. Terdapat dua kategori biri-biri iaitu "Woolsheep" (berbulu panjang) seperti biri-biri Dorset dan "Hairsheep" (rerambut) seperti bebiri Barbados.
Daging biri-biri mempunyai kandungan lemak yang lebih banyak
Biri-biri yang berumur setahun sudah boleh dikorbankan (biri-biri jantan)
Istilah dalam Bahasa Inggeris bagi daging biri-biri dewasa ialah mutton manakala bagi daging anak biri-biri dikenali sebagai lamb.

Perbezaan ini menunjukkan kambing dan biri-biri adalah berbeza walaupun kedua nya kelihatan serupa..Harap perkngsiaan dari AZWIZ ni boleh membantu anda untuk mengenali dan membezakan antara kambing dan juga biri-biriπŸ˜‰πŸ˜‰πŸ™‚


**p/s: boleh follow page FB AZWIZ MYπŸ™‚ 


Monday, 30 December 2019

Jenis Kambing Tenusu

Assalamualaikum & hai....

Tahukah anda terdapat beberapa jenis kambing penghasil susu / tenusu..Hari ni, AZWIZ akan share beberapa jenis kambing tenusu yang terbaik..


ALPINE
Kambing Alpine ni berasal dari pergunungan Alps, Swiss..Saiz kambing Alpine bersaiz sederhana dan besar..Kambing Alpine ini mempunyai ciri-ciri rambut yang pendek dan mempunyai telinga yang berukuran sederhana dan tegak..Perwatakan kambing jenis ini gagah,  mempunyai tanduk yang panjang dan melengkung..Kambing Alpines ini merupakan salah satu jenis kambing yang popular untuk penghasilan susu dan memberikan hasil susu yang berkualiti...
kambing Alpines (sumber: wikipedia)


SAANEN
Kambing Saanen ini berasal dari lembah Saanen, di bahagian barat Swiss..Baka ini merupakan baka yang terbesar di Swiss..Kambing jenis ini sangat peka dengan matahari menyebabkan iya sukar untuk berkembang di kawasan tropika..Oleh itu, kambing baka ini akan dikawinkan dengan kambing jenis lain untuk membolehkan iya boleh hidup di kawasan tropika..Ciri-ciri kambing Saanen ini termasuklah berbulu pendek berwarna putih/krim dengan titik hitam di bahagian hidung, telinga dan juga di kelenjar susu..Selain itu, kambing ini mempuyai telinga  sederhana dan tegak ke sebelah dan hadapan...Kambing Saanen ini mempunyai ekornya yang pendek  dan tipis..Bahagian hidung  mereka lurus dan muka berbentuk segitiga..

kambing Saanen (sumber: wikipedia)


TOGGENBURG
Kambing jenis ini berasal dari Toggenburg valley , kawasan di sebelah timur Swiss dan dipercayai baka yang tertua..Ciri-ciri baka ini mempunyai hidung yang agak cembung, telinga yang tegak dan mengarah ke depan..Kambing ini mempunyai warna coklat kekuningan dan coklat gelap.. Selain itu, kambing baka jenis ini mempunyai jalur putih dari mata ke muzzle, hujung telinga, lutut ke kaki serta belakang/pinggul dan ekor...

kambing Toggenburg (sumber: wikipedia)


ANGLO NUBIAN
Kambing ini berasal dari kawasan Nubia, di sebelah timur Afrika...Baka jenis ini mempunyai rangka yang besar dan tinggi..Antara ciri-ciri kambing jenis ini ialah telinga yang panjang, hidung cembung, mempunyai bulu yang pendek dan kaki yang panjang..Baka ini mempunyai daya tahan yang lasak..

kambing Anglo Nubian (sumber: wikipedia)


Untuk Kambing Tenusu AZWIZ, baka yxvang yg digunakan ialah jenis kambing Saanen yang mana mempunyai kualiti susu yang terbaik untuk kambing betina manakala untuk penjantan pula, AZWIZ mempunyai baka kambing Toggenburg...



**p/s: boleh follow page FB AZWIZ MYπŸ™‚







Thursday, 26 December 2019

PAKEJ AKIKAH SABAH

Assalamualaikum & hai semua....


Ok, kalau anda ada masalah-masalah seperti:

- Mencari kambing yang berkualiti untuk majlis akikah/ sebarang majlis.

- Mencari pembekal kambing yang boleh menyediakan kambing sehingga melapah/memasak untuk majlis akikah

- Mencari pembekal kambing sehingga memasak/golek untuk sebarang majlis.

Jika anda mempunyai masalah-masalah di atas, AZWIZ adalah tempat yang boleh menyelesaikan masalah anda..πŸ˜‰πŸ˜‰

AZWIZ menyediakan pelbagai pakej AKIKAH/ sebarang majlis mengikut keperluan anda...AZWIZ boleh menyediakan dari pemilihan kambing, sembelih, melapah, potong kecil, memasak/golek..🐐🐐








Antara feedback yang diberikan oleh customer AZWIZ




Jangan lepaskan peluang...Anda boleh menghubungi AZWIZ sekarang untuk pertanyaan lanjutπŸ™‚
Perkhidmatan 01131438119 Tuan Abdul Haqeem
Produk 0132003645 Puan Mardiyanna

**p/s: boleh follow page FB AZWIZ MYπŸ™‚








Friday, 20 December 2019

Cara Masak Biri-Biri Perap AZWIZ


Assalamualaikum & hai semua....

Memandangkan sekarang ni menghampiri hujung tahun, maknanya tahun baru akan bermula.... Mesti banyak yang mau buat family gathering sempena New Year nantikan... So, anda bolehlah cuba produk AZWIZ iaitu Biri-Biri Perap dengan sos black pepper istimewa yang yummy ni....

Biri-biri perap AZWIZ ni sangat senang disediakan...Ia hanya perlukan masa beberapa minit sahaja dan amat mudah untuk disediakan...

Ok, ni salah satu cara yang anda boleh guna untuk masak biri-biri perp AZWIZ...




Untuk tempahan dan pertanyaan boleh hubungi:
Perkhidmatan 01131438119 Tuan Abdul Haqeem
Produk  0132003645  Puan Mardiyanna

** Boleh layari FB Azwiz My...


















Wednesday, 18 December 2019

KATERING AIS KRIM🍦


Ramai yang tahu produk AZWIZ terutamanya pakej akikah, susu kambing dan biri-biri perap yang awesome... Selain daripada pakej akikah, susu kambing dan biri-biri perap, AZWIZ juga mempunyai perkhidmatan katering ais krim yang super duper sedap & awesome.....

Anda boleh membuat kelainan pada majlis anda dengan menhidangkan aiskrim susu kambing yang sangat sedap berperisa vanilla oreoπŸ‘πŸ¦πŸ¦

Tetamu anda pasti akan happy dan excited kalau tengok ada hidangkan aiskrim susu kambing vanilla oreo ni semasa majlis andaπŸ˜πŸ˜πŸ˜ƒ..Bukan sahaja kanak-kanak πŸ‘¦πŸ‘§, orang dewasa πŸ‘¨πŸ‘©dan beliau πŸ‘΄πŸ‘΅ pun akan happy & excited beratur untuk dapatkan aiskrim susu kambing premium AZWIZ ni....πŸ˜‰πŸ˜‰





 So, jangan tunggu lama-lama..Segera hubungi untuk tempahan dan sebarang pertanyaan:
Perkhidmatan 01131438119 Tuan Abdul Haqeem
Produk 0132003645 Puan Mardiyanna

**p/s: boleh follow page FB AZWIZ MYπŸ™‚

FAQ: BIRI_BIRI PERAP AZWIZ

Assalamualaikum & Hai semua…. Ok, hari ni AZWIZ akan share pula soalan-soalan yang selalu ditanyakan oleh customer-customer AZWIZ...